Taburan dan habitat Singa

Julat maksimum taburan singa masa lampau – merah untuk Panthera spelaea, biru untuk Panthera atrox, dan hijau untuk Panthera leo leo/Panthera leo persica.

Afrika

Di benua Afrika, singa boleh ditemui di padang rumput savana di mana tersebarnya pokok Acacia yang digunakan sebagai teduhan untuk singa.[160] Habitat singa asalnya mencakupi sebahagian besar Afrika kecuali zon hutan hujan tengah dan gurun Sahara.[161] Singa pupus di utara sebelum akhir abad ke-20.[162]

Eurasia

Dua ekor singa Asia jantan dalam kurungan di Taman Negara Sanjay Gandhi, Mumbai. Populasi liar singa Afrika yang terancam adalah terhad kepada Taman Negara Hutan Gir dan perkarangannya di India barat.[163]

Singa pernah menduduki sebahagian besar benua Eurasia selatan, menjangkau dari Yunani hingga India. Herodotus pernah mengkhabarkan bahawa singa umum ditemui di Yunani sekitar 480 SM; lebih-lebih lagi bahawa ketika raja Parsi Xerxes berarak serentas Yunani, unta-unta angkutan beliau diserang oleh singa. Aristotle membilang singa itu jarang ditemui pada 300 SM. Menjelang tahun 100 M, singa sudah punah di kawasan terbabit.[161] Terdapat populasi singa Asia yang hidup selewat abad ke-10 di Caucasus, petempatan Eropah terakhirnya.[164] Spesies singa terhapus dari Palestin menjelang Zaman Pertengahan, dan dari kebanyakan tempat Asia yang tinggal selepas ketibaan senjata api yang sedia ada pada abad ke-18. Dari akhir abad ke-19 hingga akhir abad ke-20, singa menjadi pupus di Asia Barat Daya. Sehingga akhir abad ke-19, singa lenyap dari negara Turki dan kebanyakan kawasan utara India,[165][162] manakala kali terakhir kelihatan singa Iran yang hidup adalah pada tahun 1942, kira-kira 65 kilometer di barat laut Dezful,[166] sedangkan bangkai singa betina ditemui di tebing sungai Karun, Wilayah Khūzestān pada 1944. Semenjak itu tiadanya laporan mengenai singa hidup yang boleh disahkan dari Iran.[167]

Singa Asia kini hanya hidup di dalam dan sekitar Hutan Gir di rantau barat laut India.[168] Kira-kira 500 ekor singa hidup di kawasan perlindungan seluas 1,412 kilometer persegi yang mencakupi sebahagian besar hutan di negeri Gujarat. Jumlah singa berkenaan meningkat dari 180 ke 523 ekor terutamanya kerana pulihnya spesies mangsa semula jadi.[169][170] Habitat singa India merupakan campuran hutan savana yang kering dan hutan belukar daun luruh yang kontang sekali.[171]

Rujukan

WikiPedia: Singa http://www.adelaide.edu.au/acad/publications/paper... http://archive.gg.ca/heraldry/pub-reg/project-pic.... http://abc.museucienciesjournals.cat/files/ABC_38-... http://www.bartleby.com/61/46/S0424600.html http://www.beringia.com/research/lion.html http://books.google.com/books?id=t2EZCScFXloC&pg=P... http://www.google.com/books?id=JgAMbNSt8ikC&pg=PA5... http://www.indialivetoday.com/gir-forest-asiatic-l... http://timesofindia.indiatimes.com/city/ahmedabad/... http://news.nationalgeographic.com/2016/04/160418-...